Latar Belakang Unit Kesihatan UiTM Kampus Rembau

Pusat Kesihatan Kampus Rembau terletak di berdekatan dengan Kolej Syahbandar, Kafeteria , Pusat Islam dan Pusat Pelajar serta telah memulakan operasi sejak bulan Februari 2017. Disebabkan lokasinya yang strategik Pusat Kesihatan mendapat kunjungan dari pelajar yang menggalakkan dan jumlahnya meningkat dengan peningkatan kemasukan pelajar.

Terdapat empat orang staf yang bertugas di unit ini iaitu seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan dan dua orang Jururawat Terlatih.

Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar

Suatu kemudahan kesihatan untuk pelajar UiTM yang ditanggung oleh universiti selepas menyertai skim ini

Tidak berlaku ke atas pelajar – pelajar yang

  1. Tamat pengajian
  2. Bercuti khas satu semester
  • Pendaftaran ditangguh/ditarik balik
  1. Digantung pengajian
  2. Bukan warganegara Malaysia

Yuran wajib : RM 40 per semester

Surat Akuan Kemudahan Rawatan Perubatan/ Guarantee Letter (GL)

Universiti akan menanggung perbelanjaan rawatan pelajar di mana – mana hospital kerajaan

  • Hanya untuk Wad Kelas Dua atau lebih rendah

Kos bayaran yang ditanggung :

  • Bayaran pendaftaran
  • Ujian makmal dan xray
  • Peralatan gantian anggota
  • Pembedahan
  • Bayaran wad

GL boleh didapatkan dari Pusat Kesihatan

Kemudahan – kemudahan yang disediakan

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan kes kecemasan
  • Cucian luka dan prosedur pembedahan kecil
  • Kemudahan makmal
  • Kemudahan ambulans
  • Kemudahan kelayakan wad
  • Pemantauan di wad sementara
  • Medical standby program/aktiviti
  • Pinjaman peralatan perubatan/ First Aid Kit

 

Rawatan yang tidak ditanggung oleh universiti 

  • Rawatan / alat pencegah kehamilan, kemandulan dan kesuburan
  • Alat ganti anggota seperti gigi palsu,korona,implant, jambatan gigi untuk tujuan kosmetik
  • Rawatan perubatan/ pembedahan dengan tujuan kosmetik dan ritual
  • Rawatan berkaitan mengandung dan bersalin
  • Rawatan imunisasi kecuali yang diberi universiti
  • Perbelanjaan rawatan perubatan alternatif
  • Perbelanjaan rawatan di hospital swasta
  • Perbelanjaan rawatan di luar negara
  • Ubat-ubatan yang dibeli di farmasi tanpa preskripsi Pegawai Perubatan Universiti
  • Rawatan otodontik di Klinik Kerajaan/ Swasta