Objektif Bahagian Pentadbiran UiTM CNS Kampus Rembau

Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau merupakan salah sebuah bahagian-bahagian utama kampus yang diwujudkan apabila Kampus Rembau mula beroperasi secara rasmi pada 1 Februari 2017. Bahagian Pentadbiran berperanan sebagai urusetia pentadbiran dan mengurusan hal ehwal staf meliputi Pengurusan Sumber Manusia, Pembangunan Sumber Manusia, Perkhidmatan Pelanggan, Pentadbiran Am dan Pengurusan Kenderaan Jabatan. 

Bahagian Pentadbiran Kampus Rembau beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang baik, telus dan objektif kepada pelanggan yang dikenalpasti berdasarkan kepada peraturan-peraturan Universiti dan Kerajaan Malaysia. Pelanggan UiTM yang dikenalpasti adalah terdiri daripada staf, pelajar, ibu/bapa, orang awam, industri dan juga pemegang taruh Universiti.

 

Objektif Bahagian/Unit

Objektif Bahagian Pentadbiran UiTM CNS Kampus Rembau adalah seperti berikut:

  • Urusetia pentadbiran dan pengurusan hal ehwal perkhidmatan staf yang cekap dengan mengamalkan budaya kualiti 
  • Menyediakan rekod dan statistik staf yang kemaskini 
  • Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra 
  • Berperanan sebagai urusetia pengendalian mesyuarat peringkat kampus 
  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan kenderaan dan urusan pos dengan mesra 

 

Piagam Pelanggan Bahagian/Unit

Kami berjanji memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pentadbiran UiTM CNS Kampus Rembau meliputi urusan-urusan seperti berikut: 

  • Memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra untuk semua staf bagi segala urusan ehwal staf. 
  • Memberikan khidmat cekap dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di kaunter Bahagian Pentadbiran serta melalui surat, e-mail dan telefon. 
  • Bertindak sebagai penghubung dengan Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk untuk semua urusan ehwal staf. 
  • Menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi yang cekap dan selamat. 
  • Mengendalikan urusan pos surat rasmi dan surat menyurat edaran dalaman dengan teratur dan pantas. 
  • Menyediakan dokumen pengenalan diri bagi staf mendapatkan rawatan di klinik panel/hospital kerajaan. 
  • Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra. 
  • Menguruskan dengan baik semua tempahan penggunaan bilik mesyuarat dan bilik seminar. 
  • Menyediakan rekod dan statistik staf yang kemaskini apabila diperlukan oleh pihak berkenaan.

  

Waktu Operasi Bahagian Pentadbiran

8.00 pagi – 5.00 petang

Rehat 1.00 – 2.00 tengah hari

 

Jumlah Staf UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

KUMPULAN

AKADEMIK

PENTADBIRAN

JUMLAH

TETAP

89

39

129

KONTRAK

2

25

27

SEMENTARA

2

0

2

JUMLAH

93

64

157

(Data sehingga 3 Okt 2018)