Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam, ACIS  telah memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pentadbiran Islam di kampus ini sejak mula kampus ini beroperasi pada 1 Februari 2017. Dengan kekuatan 3 orang tenaga kerja, unit telah menjalankan 5 fungsi utama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus.

Fungsi UHEI seperti berikut:

  • BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
  • PENGURUSAN DAN IMARAH MASJID
  • PENTADBIRAN
  • DAKWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI
  • PENGURUSAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF

LATAR BELAKANG UNIT / BAHAGIAN

MISI

  • Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam yang tersohor demi pembangunan ummah

VISI

  • Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui pelbagai aktiviti kerohanian

OBJEKTIF

  • Memperkukuhkan penyebaran ilmu dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program bukan akademik yang berkualiti
  • Menawarkan kursus/program dan memfokus kegiatan keilmuan dalam pelbagai disiplin di Universiti mengikut perspektif Islam
  • Menyelaras program pengembangan ilmu dan kefahaman Islam

PIAGAM PELANGGAN

Unit Hal Ehwal Islam berusaha memberi perkhidmatan dengan membantu dan membimbing setiap pelanggan yang berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan memberikan perkhidmatan dan layanan dengan penuh mesra, dedikasi dan bertanggungjawab, Insya Allah.

Kami berusaha:

  • Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada semua pelanggan.
  • Menyediakan program keagamaan yang bersesuaian.
  • Menjamin khidmat bimbingan dan nasihat agama dibuat secara adil dan saksama.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan sebarang masalah tanpa tekanan.
  • Mewujudkan perhubungan yang baik dan kerjasama yang erat.
  • Membantu memastikan pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar tidak terabai.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Bimbingan dan nasihat agama peribadi
  • Bimbingan dan nasihat agama kelompok
  • Pengurusan bantuan zakat dan sedekah
  • Pengurusan solat fardhu dan Jumaat
  • Khidmat rundingan aktiviti kerohanian
  • Program sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Maklumat dan informasi Islam
  • Kokurikulum kerohanian

 

CARTA ORGANISASI

 

WAKTU OPERASI PEJABAT UHEI

ISNIN – KHAMIS                       : 8:00 PAGI         -              1:00 PETANG

                                                 : 2:00 PETANG     -              5:00 PETANG

 

JUMAAT                                    :  8:00 PAGI          -              12:15 TENGAH HARI

                                                 :  2:45 PETANG     -              5:00 PETANG

 

BORANG-BORANG

Borang Zakat