Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau terletak di Lot 472, Mukim Kundor, Daerah Rembau Negeri Sembilan. Tapak kampus yang berkeluasan 80 ekar ini terletak kira-kira 14 km dari Pekan Rembau.

 Projek pembinaan kampus ini telah dimulakan pada 26 Ogos 2013 dan dijangka dapat disiapkan pada 25 Ogos 2016. Pada 3 Januari 2017, secara rasminya penyerahan UiTM Kampus Rembau telah diterima oleh YBhg. Prof Dr Nasrudin Mohammed, Rektor UiTM Negeri Sembilan.

Kampus ini, mampu menampung kapasiti pelajar seramai 3,000 orang pelajar. Antara fakulti yang terdapat di kampus ini ialah Fakulti Komunikasi & Pengajian, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.

 

Kolej Kediaman yang terdapat di kampus ini mampu menampung penginapan pelajar seramai 1,500 orang pelajar. Terdapat 3 blok kediaman pelajar yang disediakan iaitu :

 

  1. Kolej Kediaman Dato’ Shahbandar berkapasiti 500 orang pelajar - Asrama Siswa
  2. Kolej Kediaman Tok Puan 1 berkapasiti 500 orang pelajar - Asrama Siswi
  3. Kolej Kediaman Tok Puan 2 berkapasiti 500 orang pelajar - Asrama Siswi

 

Konsep asrama pelajar yang disediakan di kampus ini adalah jenis apartmen 8 orang serumah. Setiap sebuah rumah, mempunyai 4 bilik tidur / ‘study’, ruang tamu / makan, bilik air / bilik mandi dan ruang jemuran pakaian.

Dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terjaga, seramai 6 orang Staf Resident Kolej (SRK) dilantik khusus dalam membantu menguruskan pembangunan modal Insan, kesihatan / kecemasan, perancangan aktiviti di kolej / kampus dan pengurusan permasalahan pelajar.

Lokasi pejabat Unit Pengurusan Kolej & Non Resident (UPKNR) yang strategik iaitu berdekatan dengan kafeteria dan Pusat Islam memudahkan pelajar dalam memperolehi perkhidmatan seperti pengurusan kolej kediaman, urusan makan / minum, aduan pelajar dan sebagainya.

Dalam mewujudkan  persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memenuhi keperluan terkini, pihak pengurusan kolej sentiasa berusaha untuk melengkapi dan memberi perkhidmatan serta kemudahan yang diperlukan. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah :

  1. Bilik bacaan
  2. Bilik mesyuarat
  3. Mesin dobi berbayar
  4. Rumah OKU
  5. Mini Mart
  6. Wakaf / gazebo
  7. Laluan berbumbung
  8. Dewan Serbaguna
  9. Kafeteria
  10. Pusat Kesihatan
  11. Surau
  12. Kemudahan Sukan (Outdoor)
  13. Padang Bola Sepak
  14. Gelanggang Tenis
  15. Gelanggang Bola Jaring
  16. Sepak Takraw
  17. Gelanggang Futsal

Kampus Rembau mula menerima pelajar pertamanya pada sesi Mac – Julai 2017 iaitu bagi penempatan pelajar program Ijazah. Pada sesi ini, semua pelajar Ijazah akan diberi kemudahan asrama untuk SATU (1) SEMESTER SAHAJA.

Pelajar-pelajar ijazah sesi Mac – Julai 2017 boleh memohon penempatan dengan mengisi Borang Kolej Kediaman dan Aku Janji Pelajar yang boleh di muat turun di laman web UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Borang yang telah lengkap di isi, perlu dibawa semasa pendaftaran kolej kediaman

Sebarang maklumat akan disalurkan melalui laman web UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dan juga Facebook Unit Pengurusan Kolej & Non-Resident Kampus Rembau