LATAR BELAKANG

 

Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah memulakan operasi pada tahun 2017. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan kerjaya pelajar sejajar dengan hasrat UiTM untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak industri.

 

UKK ditubuhkan dengan dua fungsi utama yang menjurus kepada perkhidmatan dan pembangunan kaunseling pelajar serta penempatan pekerjaan dan pembangunan kerjaya pelajar.

 

Dalam usaha mencapai tujuan utama unit ini, UKK telah dibahagikan kepada empat (4) sub-unit iaitu:

 

  1. Unit Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi
  2. Unit Pembangunan Kaunseling & Komuniti
  • Unit Penempatan Pekerjaan & Perhubungan Majikan
  1. Unit Pembangunan Kerjaya

 

  1. Unit Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

Unit ini ditubuhkan khusus untuk membantu pelajar menangani cabaran kehidupan menerusi khidmat sesi kaunseling dan program-program jayadiri berpandukan kepada ciri-ciri kaunseling profesional dan beretika.

 

  1. Unit Pembangunan Kaunseling & Komuniti

Unit ini ditubuhkan khusus untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kendiri dan kemasyarakatan menerusi pengendalian aktiviti latihan dan bimbingan kelompok.

 

  • Unit Penempatan Pekerjaan & Komuniti

Unit ini berfungsi membantu dalam penempatan pekerjaan kepada pelajar dan graduan UiTM menerusi program-program kerjaya.

  

  1. Unit Pembangunan Kerjaya

Unit ini ditubuhkan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kerjaya. Perkhidmatan akan menjurus kepada latihan dan bimbingan berbentuk seminar, bengkel, ceramah dan sesi kaunseling kerjaya secara individu dan kelompok.

 

OBJEKTIF

 

Objektif Unit Kerjaya & Kaunseling adalah untuk:

 

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada semua pelajar yang memerlukan bantuan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
  • Meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek kerjaya dan membantu pelajar mendapatkan peluang pekerjaan selepas tamat belajar.