Diketuai oleh Prof Madya Dr Abdul Halim Bin Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Bahagian Hal Ehwal Akademik adalah salah satu bahagian terpenting dalam struktur organisasi Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan. Bahagian ini terdiri daripada Unit Pentadbiran dan Rekod Pelajar & Unit Peperiksaan. Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran program-program akademik di UiTM Negeri Sembilan seperti:

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan dan memberi khidmat sokongan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • Menguruskan sistem rekod pelajar, peperiksaan serta urusan-urusan akademik yang berkaitan – maklumat pengajian pelajar serta urusan staf akademik

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.