Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau seluas 32.4 hektar ini dibina pada 26 Ogos 2013 dan siap sepenuhnya pada 25 Ogos 2016. Majlis serah kampus telah disempurnakan pada 5 Januari 2017 oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi. Secara rasminya kampus Rembau telah beroperasi pada 1 Februari 2017 dengan kekuatan hampir 800 pelajar dan staf bagi sesi kalendar akademik Mac-Julai 2017.

Kampus Rembau akan menampung jumlah maksimum pada 4 September 2017 bagi sesi kalendar akademik Sep-Jan 2017/2018 dengan jumlah maksimum 3000 pelajar dan hampir 100 staf. Ia menempatkan tiga fakulti utama iaitu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) serta Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP).

Selain kemudahan seperti Perpustakaan yang dapat menampung 900 orang pada satu-satu masa, Dewan Serbaguna, Dewan Biduanda dengan jumlah 1500 orang, cafeteria 350 orang, Bangunan asrama bagi lelaki dan wanita dengan kapasiti terkumpul seramai 1500 orang serta kemudahan lain seperti Pusat islam, Pusat Kesihatan dan Pusat Kegiatan Pelajar serta pelbagai kemudahan sukan.