Rektor

Prof. Dr. Nasrudin Mohammed
Tel: 06-483 2211 | Fax: 06-484 2449
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ramli
Tel: 06-483 2114 | Fax: 06-484 2521
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar

Mohd Zulhilmi Mohd Yunus
Tel: 06-483 2360 | Fax: 06-484 2273
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Timbalan Rektor Penyelidakan & Jaringan Indsutri, Masyarakat & Alumni

Dr. Nur Helmi @ Nurjannah Azman
Tel: 06-483 2299 | Fax: 06-484 2303
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Penolong Rektor

Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
Tel: 06-698 2200 | Fax:
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Datang ke Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

 

Pengenalan Bahagian Pengurusan Fasiliti

Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) telah beroperasi di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau bermula dari 3 Januari 2017 selaras dengan pembukaan kampus. Sehingga Oktober 2018, Bahagian Pengurusan Fasiliti hanya dibekalkan 3 orang staf sahaja iaitu Jurutera sebagai Ketua Bahagian dibantu oleh seorang Penolong Jurutera dan seorang Penjaga Jentera Elektrik.

UiTM Kampus Rembau merupakan kampus yang berkonsepkan Private Finance Initiative (PFI) yang membawa maksud “perkongsian awam dan swasta” di mana firma swasta dikontrak dengan kerajaan bagi menyelesaikan projek, mengurus pembangunan dan menyelenggara pembinaan kerajaan sehingga tamat kontrak.

Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Rembau dibantu dari segi operasi penyelenggaraan kampus oleh syarikat Konsesi Kota Permatamas Sdn. Bhd. yang telah dilantik diawalnya dan telah menandatangani kontrak selama 23 tahun temasuk tempoh serah tapak. Segala operasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, senitaman, pencegahan kebakaran, penyaman udara dan kerja-kerja berkaitan dikendalikan oleh syarikat Konsesi. Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Rembau akan memantau kerja-kerja tersebut melalui sistem ‘Computerized Facility Management System (CFMS)’ yang telah dibangunkan oleh Bahagian Kualiti Audit Fasiliti (BKAF).

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti termasuk tempahan Dewan Biduanda (kerjasama daripada bahagian Pentadbiran dan Pejabat Penolong Rektor), lanjutan tempoh penggunaan penyaman udara, permohonan fasiliti majlis Universiti (fasiliti sedia ada) dan kerja-kerja berkaitan adalah dibawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Fasiliti. Bahagian Pengurusan Fasiliti juga terlibat secara langsung terhadap perancangan pembangunan serta tadbir urus UiTM Kampus Rembau.

Konsep ‘multi-skilling’ yang diterapkan di Universiti Teknologi MARA kepada setiap staf diaplikasikan sepenuhnya di sini bagi memastikan perjalanan aktiviti kampus berlangsung dengan lancar dan sempurna. Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Rembau akan sentiasa berusaha bagi mencapai misi dan visi UiTM seterusnya menjadikan UiTM Kampus Rembau sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selamat.

 

Carta Organisasi

 

(Imej)

 

Visi

 

  • Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputera profesional sejajar dengan visi Universiti.

Misi

  • Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara profesional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti.

 

Objektif Kualiti Bahagian

  • Memastikan Jawatankuasa Pengesahan Bayaran dan Tuntutan Negeri (JPBTN) dan Pra-Jawatankuasa Pengesahan Bayaran dan Tuntutan Negeri (Pra-JPBTN) dapat dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memperkasakan warga kampus bagi penggunaan perkhidmatan sistem E-Aduan.
  • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual Konsesi dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan mencapai target value KPI minima sebanyak 93%.
  • Memastikan kesemua aduan kerosakan pelanggan dapat diselesaikan dalam tempoh action time.
  • Memastikan kesemua aduan kerosakan pelanggan diberi respon dalam tempoh yang disarankan.
  • Mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan jiwa di dalam kampus.
  • Memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan Universiti setara dengan kualiti yang diberikan oleh pihak Konsesi.
  • Memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap fasiliti yang disediakan mencapai tahap yang memuaskan dengan purata minima 80% setahun.
  • Membuat kawalan penggunaan utiliti kampus bagi memastikan kos penggunaan utiliti dapat dikawal secara berkala.

 

 Piagam Pelanggan

Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau akan memastikan warga kampus dalam:

  • Menyediakan keselesaan, kemudahan, memberi layanan yang mesra, dan sentiasa bersedia untuk membantu kepada semua yang berurusan dengan Bahagian Pengurusan Fasiliti.
  • Memastikan suasana kampus dalam keadaan bersih dan kondusif.
  • Menerima dan memenuhi permohonan majlis Universiti dengan peralatan yang sedia ada.
  • Memastikan sistem E-Aduan memberi keselesaan, efektif dan memudahkan bagi membuat aduan fasiliti.
  • Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Konsesi sentiasa ditahap yang tebaik dan memuaskan.
  • Memberi pendedahan dan latihan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh setahun kepada warga kampus berkenaan latihan pengungsian bangunan (fire drill).
  • Mempercepatkan proses permohonan ubahsuai ruang berpandukan dasar yang telah ditetapkan.

 

Waktu Perkhidmatan

 

Isnin – Khamis             : 8.00 pagi     – 1.00 tengah hari

                                    : 2.00 petang – 5.00 petang

 

Jumaat                        : 8.00 pagi     – 12.15 tengah hari

                                    : 2.45 petang  – 5.00 petang

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

  

Staf Bahagian Pengurusan Fasiliti

No.

Nama

Jawatan

No. Telefon

Emel

1

Mohamad Fadhil Hadi Yusof

Jurutera

06-6982327

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2

Shamsul Rizal Mohd Shapawi

Penolong Jurutera

06-6982127

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3

Mohd Azri Jenal

Penjaga Jentera Elektrik

06-6982314

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Alamat Bahagian Pengurusan Fasiliti

 

Bahagian Pengurusan Fasiliti

Universiti Teknologi Mara

Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Rembau

71300 Rembau

Negeri Sembilan Darul Khusus